Tarikh : 7 April 2018
   Masa : 10.00 pagi- 12.00 tengahari
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar
   Peserta : 6 orang 

 

Tujuan

Kelas pengenalan Resume ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang cara membuat resume dan kegunaannya. Pelajar dapat mengetahui cara yang betul untuk mebuat Resume dengan lebih menarik untuk diberikan kepada majikan semasa memohon pekerjaan.Penghasilan resume yang menarik juga merupakan faktor penentu seseorang pemohon kerja sama ada layak diterima bekerja atau tidak.

Aktiviti
 
Para pelajar ditunjukkan beberapa contoh template Resume yang menarik dan perkara-perkara yang perlu ada pada Resume.Setelah itu, para pelajar diberi tugas untuk membuat Resume sendiri dan memasukkan data semasa mereka dengan cara yang betul.