Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala Kangsar merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM bhd) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd di bawah dana program pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan sama ada kawasan luar bandar atau dalam bandar.
NADI ialah projek yang terawal dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana PEDi yang pertama telah dibina pada tahun 2007.NADI sekarang telah dilengkapi dengan 20 unit komputer meja serta perkakasnya beserta dengan 100 mbps capaian internet jalur lebar.
NADI Kuala Kangsar telah mula beroperasi pada pertengahan bulan Julai 2017 iaitu pada 18.7.2017 atas kelulusan pihak MCMC dan TM.