DATARAN SUNGAI PERAK INDAH,KUALA KANGSAR- Dataran Sungai Perak Indah di Kuala Kangsar merupakan salah satu tempat yang wajib bagi penduduk tempatan dan para  pelancong lawati. pemandangan yang sangat indah dan damai sesuai untuk dinikmati oleh pelawat-pelawat yang datang ke Kuala Kangsar. Tambahan pula,kedudukan dataran ini yang terletak disepanjang Sungai Kangsar menambahkan lagi suasana kedamaian dan kecantikan pemandangan di sekitar dataran ini. Selain itu, dataran ini juga dikenali sebagai  taman rekreasi bagi penduduk-penduduk sekitar Kuala Kangsar kerana tempatnya yang sesuai dijadikan tempat beriadah bersama keluarga,bersenam, membuat aktiviti memancing dan sebagainya. Dataran ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan-kemudahan asas bagi penduduk awam seperti fasiliti bersenam, tandas awam,gerai makan yang berdekatan dan sebagainya.

 

 

 

MASJID UBUDIAH, BUKIT CHANDAN- Masjid Ubudiah merupakan masjid Diraja Perak yang terletak di Bukit Chandan. Masjid ini dibina secara rasminya pada tahun 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah. Masjid ini merupakan masjid yang tercantik di Malaysia oleh kerana seni binanya yang unik. Seni bina masjid ini dikatakan terpengaruh daripada 'saracenic' iaitu Islam-India. Sejarah pembinaan masjid ni juga dikatakan menarik kerana telah dibina oleh arkitek inggeris pada tahun 1910 semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I. pembinaan masjid ini berbentuk segi lapan dan mempunyai menara yang tinggi. Tambahanpula, makam Diraja diletakkan bersebelahan dengan masjid ini.

 

 

 

 KOLAM RENANG KUALA KANGSAR

Terletak berhampiran bandar Kuala Kangsar bersebelahan Rumah Rehat dekat Bukit Chandan.Kolam Renang Kuala Kangsar dibina atas cetusan idea Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Bertujuan untuk mewudjudkan pusat rekreasi sukan renang yang pertama di daerah ini dan memberi galakan kepada penduduk setempat menikmati kemudahan yang di sediakan. Kolam Renang Kuala Kangsar telah memulakan operasi 1 Oktober 2005 dengan kos keseluruhan pembinaan sekitar Rm 6 juta ringgit.Peruntukan adalah daripada Jabatan Perdana Menteri ,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pejabat Kewangan Negeri Perak.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut :-

  • Kolam renang dewasa
  • Kolam renang kanak-kanak
  • Loker simpanan barang
  • Tuala mandi
  • Gimnasium
  • Dewan persidangan yang boleh memuatkan :-
     Restoran
    • 100 orang - susunan teater
    • 20 orang - susnan kelas
    • 30 orang - susnan u-shape
  • Butik

 

  

 

 

 

 

SUMBER DIPETIK DARIPADA:http://www.mpkkpk.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kolam-renang-kuala-kangsar