Situasi terkini 23 Jun 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 3 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,590 kes.
Daripada 3 kes baru, 1 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 2 kes bagi bukan warganegara manakala tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
9 kes telah pulih menjadikan 8,186 pesakit telah pulih dan discaj.
Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 121 kes.
Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.
Penduduk daerah Kuala Kangsar mendapatkan khidmat perubatan di Hospital Besar Kuala Kangsar. Ianya terletak bertentangan dengan Perodua Sales Kuala Kangsar dan hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja dari Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar. Servis yang dikenakan hanya RM1 sahaja untuk warganegara Malaysia.
MAKLUMAT ASAS HOSPITAL | ||
Nama Hospital : | Hospital Kuala Kangsar | |
Alamat : | Jalan Sulatan Idris Shah 1 | |
33000 Kuala Kangsar | ||
Perak | ||
No. Telefon: | 05-776 3333 | |
No. Faks : | 05-776 9660 | |
Bil Katil : | 136 | |
Taraf Hospital : | Hospital Tanpa Pakar |
Rajah diatas merupakan sumber daripada http://jknperak.moh.gov.my
Klink 1Malaysia Chandan Putri Kuala Kangsar juga merupakan salah satu tempat di mana warga Kuala Kangsar terutamanya penduduk disekitar Chandan pergi ke sini untuk mendapatkan khidmat perubatan. Jarak Klinik ini dari Pusat Internet Kuala Kangsar ialah hanya lebih kurang 2KM sahaja Alamat Klinik ini ialah 2,2, Persiaran Chandan Putri , Chandan Putri ,33000 Kuala Kangsar, Perak dan Coordinate: 4.7583626, 100.9421233 .
Klinik ini beroperasi setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Caj rawatan yang dikenakan juga hanya RM 1 semasa pendaftaran.