BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR-  Bukit Chandan merupakan salah satu tempat yang sangat terkenal dalam kalangan pengunjung di Kuala Kangsar, Bandar Diraja ini. Setiap kali pengunjung yang melawati Bandar Kuala Kangsar, pengujung tidak pernah melepaskan peluang mereka untuk menunjungi dan menikmati pemandangan di sekitar kawasan Bukit Chandan ini. Bukit Chandan ini sangat terkenal oleh kerana terdapat banyak tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat yang menarik. Antara tempat yang menarik perhatian pengunjung ketika menunjungi Bukit Chandan ini adalah seperti Istana kuning, Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, keunikan  pembinaan rumah-rumah lama, pemandangan yang penuh dengan pepohon hijau dan sebagainya. 

 

 

ISTANA ISKANDARIAH,BUKIT CHANDAN-Istana Iskandariah merupakan istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal menjadi Sultan Perak sejak tahun 1933. Istana ini tersergam indah terletak di atas Bukit Chandan dan bersebelahan kampung padang kawad, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Nama Istana Iskandariah ini diambil bersempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab ke atas pembinaan istana ini dahulu.  Seni bina pembinaan Istana Iskandariah ini mempunyai pengaruh senibina Islam-India dengan campuran atau gabungan senibina Asia Barat. 

 

 

ISTANA KENANGAN, BUKIT CHANDAN- Istana Kenangan ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah di Bukit Chandan Kuala Kangsar. Seni bina Istana ini yang sangat unik menjadikan tempat ini sebagai tempat tumpuan pelancong yang datang mengunjungi ke Bukit Chandan. Istana Kenangan ini telah berwajah baru setelah istana ini dijadikan sebagai Muzium Diraja Kuala Kangsar. Upacara perasmian Muzium Diraja Kuala Kangsar telah dirasmikan oleh  Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada 16 November 1986. Sejarah istana ini dibina pada tahun 1926 oleh Encik Sopian yang dimerupakan seorang tukang berbangsa melayu dari Bukit Mertajam dan juga dibantu oleh dua orang anak lelakinya iaitu Zainal Abidin dan Ismail. Pada suatu ketika dahulu istana kenangan ini dikenali sebagai Istana Lembah oleh kerana keduduakannya di suatu kawasan tanah lembah dan istana ini juga sering disebut sebagai istana kuning disebabkan bahagian istana ini dicat dengan warna kuning. Keunikan pembinaan istana ini adalah ia dibina daripada kayu sepenuhnya tanpa menggunakan paku.