Tarikh : 23 Februari 2019
  Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Microsoft Power Point

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk melatih pelajar menggunakan software microsoft iaitu Power Point. Ianya juga penting bagi mereka untuk persediaan membuat pembentangan subjek atau sebagainya

 
Aktiviti
 
- Pelajar diajar tentang tools yang terdapat pada Microsoft Power Point dan cara menggunakannya.
-Pelajar diminta untuk menghasilkan satu "Jadual Cuti Sekolah" yang mengandungi element-elemen yang telah diajar.

  Tarikh : 21 Februari 2019
  Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Coloring online,Senamrobik, Tonton Omar & Hana & Chef Cilik-membuat kek batik

 

Tujuan

Perpustakaan Awam dan Pusat Internet Kuala Kangsar telah mengadakan Program bersama pelajar Pasti A'aisyah yang pelajarnya terdiri daripada kalangan umur 4,5 dan 6 tahun.Program ini merupakan Lawatan sambil belajar yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar seawal usia 4 tahun. Mereka didedahkan dengan buku cerita, penggunaan komputer dan kemudahan lain yang terdapat di Perpustakaan Awam dan juga Pusat Internet ini.
 
Aktiviti
 
- Aktiviti Aerobik pada waktu pagi
- Para pelajar membuat aktiviti coloring online dan offline.
- Menonton cerita Omar dan Hana
- Chef cilik-Belajar membuat Kek batik.
 

  Tarikh : 8 Februari 2019
  Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Kdb & Kuiz Maklumat Palsu

 

Tujuan

Ianya bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang bahayanya penyebaran maklumat palsu tanpa menyelidik dahulu maklumat yang disampaikan sama ada ianya betul atau salah.

Aktiviti
 
- Pelajar dipertontonkan dengan video-video maklumat palsu yang menarik dan memudahkan mereka faham  dengan lebih jelas.
- Pelajar juga diuji dengan soalan-soalan kuiz.
 

  Tarikh : 16 Februari 2019
  Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Email; Create Email & cara penggunaan email

 

Tujuan

Koperasi Guru-Guru Melayu daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak Berhad telah berhasrat mengadakan kelas pengurusan Email untuk Ahli Jawatankuasanya yang bertujuan memberi pengetahuan yang lebih jelas tentang pengurusan Email.Kebanyakan ahlinya terdiri daripada Pesara Guru dan memerlukan bimbingan khas daripada petugas Pusat Internet.

Aktiviti
 
- Setiap ahli Jawatankuasa menghasilkan email yang mempunyai nama mereka dan juga singkatan perkataan koperasi supaya ianya nampak seragam dan setiap ahli mudah mengenal pasti identiti penghantar atau penerima email tersebut.
- Cara "compose" email kepada group ahli jawatankuasa.
- Menunjukkan cara menggunakan goggle Drive melalui email.
 

  Tarikh : 1 Februari 2019
  Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Publisher,Kad Ucapan Tahun Baru Cina

 

Tujuan

Bersempena dengan tahun baru Cina ini, petugas telah mengajar membuat Kad Ucapan Tahun Baru Cina menggunakan software Microsoft Publisher. Ianya bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang software microsoft yang boleh membuat Kad ucapan dengan lebih mudah dan cepat.

Aktiviti
 
- Menggunakan Microsoft Publisher.
- Membuat Kad Ucapan Tahun Baru Cina
- Menangkap gambar sendiri menggunakan camera pada PC dan dimasukkan pada Kad Ucapan.
- Menghias Kad Ucapan supaya lebih menarik dengan pilihan design yang disukai.