Tarikh : 15 Disember 2018
  Masa : 9 Pagi - 11 Pagi
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul  Dashboar (My soal)

 

Tujuan

Tujuan ianya diadakan untuk memberi maklumat kepada ahli Pusat Internet tentang kemudahan yang telah disediakan kepada mereka jika mereka menghadapi masalah atau pertanyaan boleh menggunakan sistem Dashboard (Mysoal) ini.

 

Aktiviti
 
Penerangan tentang dashboard diberikan dan mereka diajar cara-cara menggunakan applikasi dashboard mysoal dengan lebih jelas.
 
 

 Tarikh : 14 November 2018
  Masa : 9 Pagi - 11 Pagi
  Lokasi : Dewan Serbaguna Universiti Azlan Shah, Kuala Kangsar 
  Tajuk : Pendidikan Keselamatan Keluarga di Alam Siber

 

Tujuan

Seminar ini adalah usahasama daripada Lembaga Peduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) yang bertujuan memberi informasi serta kesedaran tentang pendidikan keselamatan keluarga di Alam Siber iaitu bersempena dengan sambutan bulan keluarga bebangsaan 2018. Pasukan Pengurus Pusat Internet Cluster Kuala Kangsar telah ditugaskan untuk memberi seminar tersebut kepada tetamu jemputan.

Aktiviti
Modul Klik Dengan Bijak telah disampaikan dan beberapa soalan Kuiz serta hadiah menarik telah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan Kuiz tersebut.
 

 Tarikh : 25 Oktober 2018
  Masa : 9 Pagi - 2 Petang
  Lokasi : Kuala Mu Sg. Siput
    

 

Tujuan

Expedisi Menarik Di Kuala Mu bertujuan untuk mengembara tempat-tempat yang menarik di  perkampungan orang asli.Expedisi ini juga bersama wakil MCMC.Kami juga dapat menemu bual wakil penduduk tempatan tentang tempat-tempat menarik di Kuala Mu.

 Aktiviti
 
Merakam sesi temu bual bersama penduduk tempatan untuk dijadikan video Menarik Di Kuala Mu dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Mu.
 
 
 

Tarikh : 8 Oktober 2018
  Masa : 9.30 Pagi - 12.30 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala kangsar
  Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini adalah untuk pelajar dari SK Kenas yang menggunakan aplikasi Frog VLE untuk pembelajaran mata pelajaran pendidikan islam di dalam talian.Selain itu, Klik Dengan Bijak juga didedahkan kepada pelajar tentang penyalahgunaan Internet dan Media Sosial. 

Aktiviti
 
Game puzzle tentang KDB dan Kuiz telah diadakan dan mereka diberikan hadiah jika berjaya menjawab soalan KUIZ.

 
  Tarikh : 24 Oktober 2018
  Masa : 2  Petang - 6 petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Peserta : 15 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar para usahawan cara pemasaran di dalam talian iaitu menggunakan medium  percuma Facebook dan berbayar( Facebook Ads). Untuk melaksanakan program ini pihak Pusat Internet telah menjemput tenaga pengajar yang mahir dari Team Coway Iaitu En Alif Imran untuk mengajar kelas ini.

 

Aktiviti
Semua peserta dikehendaki untuk "create" FB pages masing-masing dan belajar menulis copy writting produk yang akan dijual dengan menarik di FB pages. Mereka juga diajar cara membuat posting yang berbayar di Facebook untuk menarik lebih ramai lagi audiance yang melihat produk yang dijual dan bukan hanya rakan di facebook sahaja.Oleh itu target pasaran juga akan menjadi semakin meluas dan hasil yang diperolehi juga akan bertambah dan tidak terhad.