Tarikh : 2 Februari 2019
  Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Asas Komputer,Search engine & Copy&paste dokumen

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk pelajar mengetahui asas komputer iaitu search engine google bagi carian maklumat di komputer dan "copy & paste" maklumat yang dicari di Microsoft Words. Cara ini lebih mudah untuk pelajar menyalin maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan efektif.

 
Aktiviti
 
- Menggunakan search engine google untuk menggunakan Arabic Keyboard. 
- Menggunakan huruf arab untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
- Copy maklumat di google & paste ke Microsoft Word.
- Belajar save dokumen di komputer dan pendrive.
 
 

Tarikh : 28 Januari 2019
  Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
  Lokasi : Dataran Amanjaya manong
  Program : Pameran Pusat Internet Kluster Kuala Kangsar

 

Tujuan

Program Acekomer Eksplor Manong merupakan Program Komuniti setempat untuk merapatkan silaturahim diantara penduduk kampung dengan Seni & Budaya. Pusat Internet Kluster Kuala Kangsar telah dijemput untuk mengadakan pameran untuk memeriahkan lagi program ini.

 
Aktiviti
 
- Mengadakan Pameran Klik Dengan Bijak untuk Komuniti Setempat.
-Mempromosikan Pusat Internet Daerah kuala kangsar untuk kemudahan komuniti.
 
 

 
 Tarikh : 20 Januari 2019
  Masa : 10 Pagi - 12 Tengahari
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Microsoft Words (Table)

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk pelajar sekolah menengah yang bertujuan memberi tunjuk ajar cara membuat "table" pada Microsoft Words. Pelajar juga diajar cara memilih design dan warna kotak mengikut kesesuaian yang dikehendaki.

 
Aktiviti
 
- Pelajar dikehendaki membuat satu time table belajar masing-masing.
- Time table berikut perlulah mempunyai unsur design dan color yang bersesuaian.
 
 

Tarikh : 25 Januari 2019
  Masa : 2.30 ptg - 3.30 petang
  Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
  Modul : Puzzle Klik Dengan Bijak

 

Tujuan

Ianya diadakan untuk menarik minat pelajar tentang ilmu pengetahuan Klik Dengan Bijak dengan keadah yang lebih menarik iaitu melalui puzzle.

 
Aktiviti
 
- Pelajar yang dapat menyiapkan puzzle dengan betul dan paling pantas diberikan hadiah.
 
 

 
Tarikh : 18 Januari 2019
  Masa : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari
  Lokasi : Pusat internet Kuala Kangsar
   

 

Tujuan

Taklimat ini dijalankan bertujuan untuk berkongsi tajuk-tajuk atau isu-isu yang baru berkenaan penggunaan internet. Ia dijalankan bersama Kluster Kuala Kangsar yang diwaklili Pengurus dan Penolong Pengurus di setiap Pusat Internet Daerah Kuala Kangsar iaitu dari pusat Internet Kg Kubang Pekan, Pusat Internet Kubang Halban, Pusat Internet Felda Lasah, Pusat Internet Manong, dan Pusat Internet Padang Rengas.

Aktiviti

-Memperkenalkan tajuk-tajuk baru atau isu-isu baru berkenaan keselamatan komputer kepada petugas pusat Internet Kluster Kuala Kangsar.

-Memperkenalkan rancangan mengajar dan panduan mengajar untuk diketengahkan kepada para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah semasa sesi taklimat KBD.

-Membincangkan topik-topik yang berkaitan untuk dikongsikan kepada para pelajar semasa taklimat KDB yang akan dijalankan di sekolah-sekolah terpilih.

Klik Untuk Gambar Aktiviti