Tarikh | : 7 Jun 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kuala kangsar |
Peserta | : 80 orang |
Tujuan
Quran Hour adalah Inisiatif sebelum ini yang dimulakan dengan penubuhan rumah ngaji pada tahun 2013, kini terdapat lebih 1150 rumah ngaji diseluruh negara.Quran hour dimulakan pada tahun 2015, iaitu dari malaysia ngaji ke Malaysia Quran Hour yang telah bergerak ke world #quran hour semenjak tahun 2016.
Kempen ini digerakkan oleh yayasan warisan ummah ikhlas bagi mengajak Masyarakat mengubah ekosistem yang ada kembali semula kepada system Berasaskan Al-quran. Matlamatnya adalah untuk melahirkan sebuah Legasi akhlak al-quran, berfikir dan bertindak berlandaskan al-quran.
Kempen #QuranHour mengalakkan masyarakat berinteraksi dengan alquran melalui kaedah tadabbur dan tazakkur. Penyampaian kandungan Al-quran akan dikupas sehinggalah ianya mampu diaplikasikan kepada setiap lapis dan kluster masyarakat, sesuai dengan peranan al-quran sebagai mukjizat dan petunjuk sepanjang zaman.
Menggalakkan Interaksi dengan al-quran melalui baca ,faham dan amal, mengajak masyarakat mendalami intipati al-quran dan tidak lagi semata-mata membaca dan menghafaz tanpa mampu menghayati isi dan pesan yang Ingin disampaikan oleh Allah S.W.T.
1)Memastikan surah dan tema yang dibawa iaitu:
-Tema- Dunia Berbudi Dan Penyayang.
-Surah yang ditetapkan ayat 1-18.
(surah al-fatihah, ayat 1-7) baca sahaja, tidak perlu tadabbur
a)-(surah al-baqarah, ayat 1-5)
b)-(surah al-hujurat, ayat 1-18)- surah ini perlu ditadabur
2)perkenalkan pemegang panji (mengetuai setiap 6 ayat daripada surah al-hujurat)
3) Pentadabbur meminta audience bersedia membaca al-quran bersama-sama pemegang panji.
4)pastikan pembaca surah berhenti ditempat yang telah ditetapkan untuk ayat-ayat yang ditadabbur.
5)pentadabbur akan simpulkan surah yang dibaca.(surah haruslah selesai dibaca dan ditadabbur hanya dalam tempoh maksimum 1 jam)
6) terakhir- ikrar quran(diketuai oleh pentadabbur)
7)penutup- tutup dengan tasbih kafarah/ surah al-asr
8) Penyampaian cenderahati pada semua peserta yang menikuti program ini.
Tarikh | : 17 Mei 2018 |
Masa | : 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : Pejabat Kemas Sungai siput |
Peserta | : 150 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada para ibubapa tentang bahaya penyalahgunaan daripada internet dan teknologi. Ianya juga supaya ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka semasa anak-anak menggunakan smartphone dan internet.
Tarikh | : 4 Mei 2018 |
Masa | : 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : Sk Tanah Merah |
Peserta | : 50 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya penyalahgunaan daripada internet dan teknologi.
Tarikh | : 6 Mei 2018 |
Masa | : 9.00 pagi -12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan
Kelas latihan ini adalah persedian pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Guru En Muhammad Hafiz dari SMK Simpang Beluru yang telah mengajar Matematik Tambahan dan membuat kelas matapelajaran tersebut di Pusat Internet ini.
Para pelajar telah diajar matapelajaran ini secara online dan offline. Pelajar juga dideahkan dengan soalan SPM " past year" di dalam internet.
Tarikh | : 26 April 2018 |
Masa | : 8.00 pagi - 1.30 tengahari |
Lokasi | : Pi1M Kg Kubang Pekan |
Golongan Sasaran | : Pelajar Sekolah, Agensi Kerajaan & Swasta serta Komuniti Tempatan |
Tujuan
Pelaksanaan program hari terbuka ini adalah bertujuan mempromosikan PI1M berserta membantu dalam mempertingkatkan jumlah keahlian disamping mendapatkan kerjasama wakil-wakil komuniti dalam pelbagai program perkhidmatan yang akan dijalankan di PI1M pada masa akan datang agar mendapat sokongan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya
Senamerobik,Pertandingan mewarna,pertandingan Tiup Belon, Quiz Klik Dengan Bijak, Pertandingan memasak dan gubahan pulut kuning beserta rendang daging dan juga pertandingan badminton.