Tarikh : 20 April 2018
   Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
   Lokasi : Pejabat Pendidikan Daerah Negeri, Kuala Kangsar Perak
   Peserta : 39 orang

 

Tujuan

Taklimat ini bertujuan memdedahkan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet kepada para guru. Selain itu, mereka dapat mengetahui kes-kes sebenar yang telah berlaku kesan dari penggunaan internet yang salah. Info yang telah diberikan dapat disampaikan kepada pelajar-pelajar melalui guru-guru.

Aktiviti
 
Taklimat modul Klik dengan bijak disampaikan oleh pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
 
 
 

   Tarikh : 12 April 2018
   Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengahari
   Lokasi : Dewan Sk Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar Perak
   Peserta : 165 orang

 

Tujuan

Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan internet dan gadget.Para pelajar didedahkan dengan tatacara penggunaannya dengan betul.Selain itu, mereka dapat mengetahui kes-kes sebenar yang telah berlaku kesan dari penggunaan internet yang salah.

Aktiviti
 
Taklimat modul online grooming dan buli siber didedahkan kepada para pelajar.Kuiz tentang modul juga diadakan dan para pelajar yang memberi jawapan dengan betul diberikan hadiah KLik dengan Bijak.
 
 
 

 
 Tarikh : 7 April 2018
   Masa : 10.00 pagi- 12.00 tengahari
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar
   Peserta : 6 orang 

 

Tujuan

Kelas pengenalan Resume ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang cara membuat resume dan kegunaannya. Pelajar dapat mengetahui cara yang betul untuk mebuat Resume dengan lebih menarik untuk diberikan kepada majikan semasa memohon pekerjaan.Penghasilan resume yang menarik juga merupakan faktor penentu seseorang pemohon kerja sama ada layak diterima bekerja atau tidak.

Aktiviti
 
Para pelajar ditunjukkan beberapa contoh template Resume yang menarik dan perkara-perkara yang perlu ada pada Resume.Setelah itu, para pelajar diberi tugas untuk membuat Resume sendiri dan memasukkan data semasa mereka dengan cara yang betul.
 
 
 

Tarikh : 11 April 2018
   Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengahari
   Lokasi : Dewan Sk Sayong
   Peserta : 84 orang

 

Tujuan

Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan internet dan gadget.Para pelajar didedahkan dengan tatacara penggunaannya dengan betul.

Aktiviti
 
Taklimat modul online grooming dan buli siber didedahkan kepada para pelajar.Kuiz tentang modul juga diadakan dan para pelajar yang memberi jawapan dengan betul diberikan hadiah KLik dengan Bijak.
 
 

   Tarikh : 24 Mac 2018
   Masa : 10.00 pagi- 12.00 tengahari
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar
   Peserta : 4 orang 

 

Tujuan

Kelas ini merupakan aktiviti yang santai dimana pelajar menghasilkan beberapa origami dengan belajar didalam youtube.Ianya dapat mengasah minat para pelajar supaya lebih kreatif dan mampu menghasilkan origami dengan hanya belajar melalui medium online iaitu youtube.

Aktiviti
 
Para pelajar diberi beberapa helai kertas warna dan diminta menghasilkan beberapa origami yang kreatif. Pelajar yang berjaya menghasilkan origami dengan baik telah diberikan hadiah.