Tarikh | : 26 Januari 2018 |
Masa | : 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar tingkatan 2 pada 26 Januari 2018. Para pelajar diajar mengunakan pembelajaran melalui online iaitu website latihtubi.com.Di sini pelajar dapat belajar melalui online dan mereka boleh membuat ulangkaji di website ini.
Tarikh: 20 Jan 2018
Masa: 3.00 petang- 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar
TUJUAN
Program taklimat dan temuduga English and Leadership Course di jalankan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kuala Kangsar
Sasaran program ini ialah pelajar lepasan SPM, bertujuan untuk:
a. Melahirkan modal insan kelas pertama yang berdaya saing dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
b. Memberi persediaan kepada para pelajar bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya membentuk haluan kerjaya yang lebih terjamin.
Tarikh : 9 Jan 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar
TUJUAN
Tujuan Kelas Microsoft Power point diadakan adalah menberi pendedahan awal tentang cara menggunakannya kepada pelajar sekolah rendah.Selain itu, mereka juga dapat mengetahui lebih jelas apa itu Microsoft Power Point, fungsi serta kegunaanya. Mereka juga diajar cara memasukkan membuat jadual harian menggunakan aplikasi power point.
Tarikh: 18 Jan 2018
Masa: 3.00 petang- 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar
TUJUAN
Tujuan Kelas Bimbingan Microsoft Word dijalankan adalah bertujuan untuk mengajar pelajar sekolah rendah tentang asas-asas penggunaan Microsoft Word supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka menggunakan perisian Word. Kelas ini juga dijalankan bertujuan supaya pelajar dapat mempraktikkan penggunaan Microsoft Word untuk membuat tugasan sekolah pada masa yang akan datang.
Tarikh : 31 Disember 2017
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar
TUJUAN
Tujuan Kelas ini diadakan adalah bertujuan mengajar asas Adobe Photoshop iaitu cara mengedit gambar dan juga cara memasukkan gambar dari carian "google" dan seterusnya menghasilkan satu "Facebook Cover". Tenaga pengajar kelas ini telah dibantu oleh Komuniti yang telah mnjadi ahli di Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kangsar dan mahir dalam mengendalikan Perisian Adobe Photoshop.